Saturday, May 4, 2013

KAGUM

Assalamualaikum wbt...

salam rindu buat teman-teman . saya tiada kekuatan untuk mengupdate blog ini . di mana saya tiada source yang baru untuk di kongsikan. saya bukan manusia sempurna nak share semua benda yang mana banyak benda lagi saya tak tahu dan saya masih bertatih-tatih lagi untuk mengenal Allah Swt .. kebesaraan ciptaan NYA aku masih hayati ..

ini lah salah seorang rakan yang saya sendiri tertarik dengan penulisan dia. alhamdulillah moga perkongsian ini mendapat manfaat sesama kita. ameen ..


Bismillah. Orang yang tidak menghayati Islam semestinya tidak akan berpihak kepada cara hidup Islam yang sebenar2. dan mereka akan lebih pentingkan dunia. Ingatlah dah tercatat dlm Quran bahawa Allah berikan petunjuk yg benar kpd siapa Dia kehendaki dan Dia jugak takkan bagi petunjuk dkt siapa yg Dia taknak. Al-Islam adalah agama yang sangat agung dan bukan sahaja agama, tapi cara hidup! Kalau tengok sekeliling kita sekarang kita dah boleh tahu mcm mane masa depan umat Islam sekarang. Nabi telah pun bersabda akan ada satu zaman dimana orang Islam sendiri akan pandang pelik kpd Islam.. Wahai umat Islam! Sedarlah bhw Islam saja satu2nya maruah kita! Hanya dengan Islam, kita boleh pegang dunia! Tapi kita dah tertipu dgn budaya barat! Di mana kita sangka kita dihormati oleh barat kerana menjadi pengikut! Padahal kita ditertawa habis2an oleh mereka bhw penganut agama yang agung ini, sekarang bawah tapak kaki mereka je. Tidakkah telah ditunjuk oleh penghulu segala manusia, Nabi Muhammad s.a.w bagaimana cara untuk hidup? Kenapa kita pergi simpang jauh? Tidakkah telah datang kebenaran2 terhadap mu tentang Islam???

Surah Ar-Rahman :

"Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa: Dan akan kekal lah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? "
 
 
 
Yang Rafyiqa