Saturday, January 28, 2012

YA ALLAH

Ya Allah , 
Aku insan lemah yang sentiasa menzalimi diri aku , 
Aku pinggirkan diri ku dari mu, 
Aku endah kan larangan mu malahan aku jadikan larangan mu itu sebahagian dari hidupku 

Ya Allah hanya engkau tempat aku meluah, 
Aku hamba yang lemah lagi berdosa. 

kau ampunkanlah dosa-dosa yang mengunung ini



Tuesday, January 3, 2012

Lailaha Illallah - Hafiz Hamidun ( Zikir Terapi Diri ) @HAFIZHAMIDUN

Keindahan Sifat Sabar


Bersabar merupakan ciri-ciri orang yang menghadapi pelbagai kesusahan dengan berlapang dada, kemahuan yang kuat , serta ke tabahan besar. Justeru itu, jika kita tidak bersabar maka apa yang boleh kita lakukan ?

Adakah anda mempunyai penyelesaian lain selain bersabar ? dan adakah anda mengetahui senjata lain yang anda boleh gunakan selain kesabaran ? konon,seorang pembesar negara ini mempunyai ladang dan yang selalu di timpa musibah : setiap kali selesai dari satu kesusahan , kesusahan yang lain selalu datang mengunjunginya. Walaupun begitu, ternyata ia tetap berlindung di sebalik perisai kesabaran dan memakai perisai keyakinan kepada Allah .

Begitulah orang-orang mulia dan terhormat berjuang melawan setiap kesusahan dan menjatuhkan semua bencana itu terkapar di atas tanah. Malahan ketika menziarahi Abu Bakar yang sedang terbaring sakit , para sahabat berkata kepadanya " bolehkah kami panggilkan seorang tabib untuk mengubatimu?" "seorang tabib sudah memeriksaku" jawab Abu Bakar, para sahabat pun bertanya , "lalu apa yang ia katakan ?" "ia berkata, sesungguhnya aku boleh melakukan apa sahaja yang aku mahu:"

Bersabarlah kerana ALLAH. Dan sepatutnya anda bersabar sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya kemudahan, mengetahui tempat kembali yang baik, pengharap pahala dan senang mengingkari kejahatan . Sebanyak mana pun masalah yang anda hadapi ,tetaplah bersabar kerana kemenangan itu sesungguhnya akan datang bersama dengan kesabaran, jalan keluarnya akan datang bersama dengan kesusahan. Dan dalam setiap kesusahan itu ada kemudahan.

petikan dari buku :
La tahzan

MUSLIMAH

Wanita

Percaya atau tidak wahai manusia yang digelar wanita.. apakah rambutmu boleh dikira?.. kalau boleh silakan kira.. sehingga nyawamu ditarik oleh-Nya, kamu tidak akan dapat mengira berapa banyak rambutmu. Maka perhatikanlah, sehelai rambutmu dilihat oleh SERIBU LELAKI yang bukan muhrim, SERIBU DOSAlah kamu akan dapat. Bayangkanlah berapa banyak rambutmu wahai kaum hawa. Tutuplah, Islam hanya meminta menutupkan aurat supaya tidak nanti di Akhirat kelak Allah menyeksa kita dengan azab yang amat pedih. Allah SWT juga tidak mahu menyeksa hamba-hambaNya tapi disebabkan kedegilan kita Allah terpaksa.

-Percayalah kami disini tidak memaksa-

Indahnya cinta

Sirami cinta itu dengan zikir.
Bajai cinta itu dengan Quran.
Bentengi cinta itu dengan istighfar.
Semoga tumbuh pohon sakinah.
Semoga lahir buah mawaddah untuk kalian dan juga cinta kalian.
Semoga lahir zuriat qurrata a’yun.

YA ALLAH KUATKANLAH HAMBAMU INI

Jika benar kalau itu dugaan mu aku terima . kenapa manusia mudah mencari kesalahan manusia dari mencari kebaikkannya ? aku terima jika ini benar dan ini dugaan yang engkau berikan kepada hamba mu. mencari jalan kebenaranmu memang susah tetapi, itu yang aku pilih itu yang aku mahu. ....