Tuesday, January 3, 2012

Keindahan Sifat Sabar


Bersabar merupakan ciri-ciri orang yang menghadapi pelbagai kesusahan dengan berlapang dada, kemahuan yang kuat , serta ke tabahan besar. Justeru itu, jika kita tidak bersabar maka apa yang boleh kita lakukan ?

Adakah anda mempunyai penyelesaian lain selain bersabar ? dan adakah anda mengetahui senjata lain yang anda boleh gunakan selain kesabaran ? konon,seorang pembesar negara ini mempunyai ladang dan yang selalu di timpa musibah : setiap kali selesai dari satu kesusahan , kesusahan yang lain selalu datang mengunjunginya. Walaupun begitu, ternyata ia tetap berlindung di sebalik perisai kesabaran dan memakai perisai keyakinan kepada Allah .

Begitulah orang-orang mulia dan terhormat berjuang melawan setiap kesusahan dan menjatuhkan semua bencana itu terkapar di atas tanah. Malahan ketika menziarahi Abu Bakar yang sedang terbaring sakit , para sahabat berkata kepadanya " bolehkah kami panggilkan seorang tabib untuk mengubatimu?" "seorang tabib sudah memeriksaku" jawab Abu Bakar, para sahabat pun bertanya , "lalu apa yang ia katakan ?" "ia berkata, sesungguhnya aku boleh melakukan apa sahaja yang aku mahu:"

Bersabarlah kerana ALLAH. Dan sepatutnya anda bersabar sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya kemudahan, mengetahui tempat kembali yang baik, pengharap pahala dan senang mengingkari kejahatan . Sebanyak mana pun masalah yang anda hadapi ,tetaplah bersabar kerana kemenangan itu sesungguhnya akan datang bersama dengan kesabaran, jalan keluarnya akan datang bersama dengan kesusahan. Dan dalam setiap kesusahan itu ada kemudahan.

petikan dari buku :
La tahzan

No comments:

Post a Comment